Selamat Datang ❤

السلام عليكم



Selamat datang ke blog projek akhir TITAS CTU551 kami.

Halaman ini dibina untuk memudahkan lagi pencarian entry yang telah dipostkan dalam blog ini.


Selamat membaca dan mengenali Tamadun Islam dengan lebih mendalam lagi menerusi blog kami. Harap maaf atas kekurangan yang ada, semoga Allah redha akan usaha kita mendalami ilmuNya. Amiin


Kajian luar (Lapangan)


Kajian dalaman (Sumber Perbincangan, Internet dan Buku)

Lawati juga padlet kami di: http://padlet.com/sdmuslims/tamadunislam

^_^

Sunday, December 7, 2014

Kupasan Tentang Kesenian Khat Tamadun Islam

السلام عليكم

Kali ini, kami ingin mengupas sedikit tentang dapatan kami ketika melawati Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Selain daripada replika rumah kediaman Rasulullah SAW seperti dinyatakan di dalam entry sebelum ini (klik untuk baca), terdapat juga pameran hasil-hasil kesenian Islam di situ terutamanya, Seni Kaligrafi iaitu Khat.

Asal Usul Khat
Terdapat beberapa pendapat mengatakan dari mana asalnya khat. Antaranya ialah, pendapat pertama menyatakan khat adalah anugerah daripada Allah S.W.T. kepada manusia. Allah telah mengajar ilmu dan cara menulis kepada Adam a.s dan diwarisi turun temurun sehingga kini. Ibnu Khaldun juga menyatakan bahawa tulisan jenis masnad berasal daripada Yaman, kemudiannya berpindah kepada keluarga al-Munzir di Heart. Tulisan ini lahir pada zaman kerajaan Saba’ di Himyar. Terdapat juga pendapat yang menyatakan tulisan ini berasal dari Heart dan akhirnya ke Hijaz. Selain itu juga, ada yang menyatakan khat berasal daripada finiqi yang diambil daripada huruf Mesir purba. Akan tetapi, kebanyakan ahli sejarah bersetuju dengan pendapat yang terakhir iaitu khat berasal berasal daripada tulisan Nabati (Ramali). Ia sampai ke Hijaz melalui dua jalan iaitu jalan dekat dari Nabati ke Batra ke Ula, ke Madinah dan Makkah serta jalan jauh iaitu melalui Harran ke lembah Furat, ke Daumatul Jandal, ke Madinah, Makkah dan Taif.
(Ensiklopedia Kesenian dan Warisan Islam, Jilid 7.2009)

Seni Khat Tertua (Khat Kufi)

Khat Kufi (i)
Khat Kufi (ii)
Isi kandungan Mushaf (i) dan (ii) adalah Surah Al-Baqarah (11-14) yang ditulis pada abad ke-3 Hijrah. Ianya ditulis di atas lembaran kulit yang nipis dan resam. 

Khat Kufi (iii)
Khat Kufi (iv)
Manakala isi kandungan Mushaf (iii) dan (iv) adalah Surah Al-Fatihah yang ditulis pada tahun 2004 di atas sebuah batu.

Khat Kufi (v)
Mushaf (v) ini pula ditulis pada abad ke-3 Hijrah dan ditulis di atas pyprus. Isi kandungannya adalah Surah Al-Baqarah ayat 283 dan 284.

Khat Kufi (vi)
Khat Kufi (vii)
Karya ini pula bertajuk Lembaran Mushaf dengan Khat Kufi Qairawani. Ianya ditulis oleh Ali bin Ahmad Al-Warraq pada tahun 410 Hijrah. Isi kandungannya adalah Surah Al-Baqarah ayat 212.


Gambar-gambar di atas menunjukkan empat buah lembaran Mushaf yang ditulis dengan tulisan Khat Kufi dan Kufi Qairawani.

Kufi ialah bentuk khat skrip bahasa Arab yang tertua yang terdiri daripada skrip tua abjad Nabatean yang diubah suai. Namanya diambil sempena bandar Kufa, Iraq, walaupun skrip ini diguna di Mesopotamia sekurang-kurangnya 100 tahun sebelum pembinaan Kufa. Skrip ini diguna pakai di semenanjung Arab sebelum datangnya Islam. Salinan-salinan terawal al-Quran ditulis dalam skrip ini.

Merupakan sebentuk skrip bergaris dan bersudut, lazimnya dengan garis tegak dan melintang memanjang. Pada asalnya skrip ini tidak ada petunjuk konsonan yang membezakan, misalnya, ba ta dantha. Ia masih digunakan di negara-negara Islam, mahupun dengan pengedaran masa skrip ini telah menjalani beberapa pengubahsuaian dan mempamirkan perbezaan kedaerahan; perbezaan skrip Kufi Semenanjung Arab dan negara-negara Afrika Utara amat ketara.

Jenis khat ini kerap diguna dalam manuskrip-manuskrip abad ke-8 hingga ke-10. Kufi sering dilihat pada duit syiling dan tugu Seljuk dan pada syiling Empayar Uthmaniyyah awal. Ciri hiasnya membawa kepada penggunaannya sebagai elemen hiasan pada beberapa bangunan awam dan persendendirian yang dibina sebelum zaman replublikan Turki.

Reka bentuk kufi segi empat ataupun geometri: Kufi gaya ini ialah Kufi berbentuk segi empat tepat yang amat sederhana, digunakan bagi kerja-kerja penjubinan. Di Iran, kadangkala seluruh bangunan dihiaskan dengan jubin yang mengeja nama suci dan murni seperti nama Allah, Nabi Muhammad (s.a.w) dan Saidina Ali (r.a), satu teknik yang dikenali sebagi banna'i.

Fungsi Tulisan Khat

Seni khat boleh dipertikaikan sebagai bentuk paling dipuja dalam kesenian Islam kerana skirp Arab menurpakan cara penyampaian Al-Quran. Kitab suci Islam, Al-Quran, telah memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pembangunan bahasa Arab, dan secara tambahan, seni khat dalam huruf Arab serta perkembangan ilmu pada masa itu. Peribahasa dan ayat penuh dari Al-Quran masih merupakan sumber aktif seni khat Islam.

Usaha Rasulullah SAW Dalam Kepentingan Sistem Tulisan.

  • Rasulullah SAW menggesa umatnya pada zaman dahulu untuk mengajarkan anak-anak mereka membaca dan menulis. 
  • Baginda sendiri mengendalikan urusan kelab latihan tulis-menulis di Madinah dengan tunjuk ajar sahabat dan individu yang mahir menulis. 
  • Hasilnya, wujud dalam kalangan umat Islam yang mahir dalam banyak bahasa seperti Zaid bin Thabit yang mempelajari bahasa Parsi, Rom, Qibti dan Habsyah. 
  • Beliau juga menterjemahkan surat-surat Rasulullah SAW yang ditulis dalam bahasa tersebut. 
  • Kepentingan tulisan disambung pula oleh Khulafa Ar-Rasyidin sewaktu pemerintahan mereka. 
  • Ketika pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, Al-Quran ditulis di atas pelbagai bahan. 
  • Apabila para hafiz al-Quran semakin berkurangan akibat syahid di medan peperangan dan timbulnya kelainan dalam bacaan al-Quran, Khalifah Uthman bin Affan mengambil lembaran-lembaran yang dicatat oleh Zaid bin Thabit untuk disalin semula.


Kesimpulan:
Secara keseluruhannya, tulisan Khat bukan sahaja memberi perkembangan dalam bidang kesenian Tamadun Islam. Malah ia juga membantu dalam kemajuan sistem tulisan dan ilmu yang mendorong umat Islam untuk bangun dalam membina sebuat tamadun yang disegani pada masa kini. Ia juga berperanan penting dalam mengekalkan keaslian kitab suci Al-Quran yang dijadikan panduan seluruh umat manusia.

Sekian ^^

No comments:

Post a Comment