السلام عليكم
Pada 7/11/2014, kami telahpun menemu bual seorang responden. Pada mulanya kami ingin menemui sendiri responden tersebut. Tetapi malangnya beliau agak sibuk dengan tugasan harian. Sebagai solusinya, beliau menghantar "voice recording" bagi menjawab persoalan yang kami berikan.
*Temu bual kami lebih cenderung kepada topik "Tamadun Islam di Malaysia"
Soalan pertama: Apakah pendapat anda tentang masyarakat Islam pada zaman dahulu dan masyarakat Islam pada zaman sekarang?
Rumusan jawapan: Pendakwah Islam terdahulu menanmkan sifat tauhid kepada Allah menyebabkan penjajah sukar untuk mengkafirkan orang Islam di Tanah Melayu. Mereka mungkin kurang menitikberatkan soal hukum, tetapi keimanan mereka cukup utuh. Berbanding umat Islam sekarang yang sememangnya Islam sejak lahir. Hal ini cenderung kepada kelahiran umat Islam yang hanya pada nama dan kurang penghayatan terhadap Islam sebagai agama yang benar.
Soalan kedua: Pada pendapat anda apakah perubahan yang Islam telah bawa kepada dunia?
Rumusan jawapan: Usaha Islam mengangkat darjat dan martabat wanita yang dahulunya ditindas oleh kaum lelaki. Ilmu Islam juga berkembang secara mendadak ke seluruh pelosok dunia. Antara faktor utamanya adalah kejayaan Nabi Muhammad S.A.W dalam menghasilkan perlembagaan bertulis pertama dan telah berjaya menguasai kota Mekah. Kepimpinan dan kebijaksanaan baginda menjadi tunjang kepada kegemilangan tamadun Islam sekarang. Di Tanah Melayu, Islam telah memperkenalkan sistem kesultanan bagi mewujudkan kepimpinan yang lebih sistematik.
Soalan ketiga: Apa yang harus dilakukan oleh pemimpin untuk mengekalkan kuasa Islam di Malaysia?
Rumusan jawapan: Selepas merdeka, kerajaan telah menubuhkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk memelihara perihal berkaitan Islam. Rakyat juga akan bercuti pada hari kebesaran Islam iaitu Raya Haji dan Raya puasa. Selain itu, penggunaan sistem kesultanan di mana Sultan berkuasa mutlak dalam hal keagamaan khususnya. Penjawat awam wanita juga dibenarkan menutup aurat tidak seperti sesetengah Negara yang menghalang wanita menutup aurat dengan sempurna.
Soalan keempat: Pada pandangan anda, apakah kemajuan yang di bawa oleh Islam dari segi ekonomi?
Rumusan jawapan: Kewujudan sistem kewangan Islam di Malaysia. Antara badan yang bertangungjawab menguruskan dana orang Islam adalah Lembaga Tabung Haji. Kebanyakkan sistem di Malaysia digubal supaya berlandaskan Islam. Melalui penggubalan tersebut, hak-hak setiap lapisan rakyat dapat ditegakkan. Mulai tahun 80-an, kerajaan telah banyak menubuhkan institusi kewangan Islam contohnya Baitulmal Wilayah, Bank Islam Malaysia, Bank Muamalat Malaysia Berhad yang mana semua menjalankan sistem kewangan Islam yang halal tanpa unsur riba’ dan penindasan. Islam juga menganjurkan umat Islam supaya berniaga .
Soalan kelima: Sebenarnya, apakah punca kelemahan umat Islam pada zaman sekarang?
Ringkasan jawapan: Industri hiburan yang semakin pesat berkembang telah merosakkan pemikiran-pemikiran umat Islam. Pengaruh-pengaruh negatif yang terselit di dalam hiburan khususnya drama, seringkali dijadikan ikutan oleh para remaja. Tambahan pula, nilai-nilai Islam kurang dipertontonkan di dalam industri hiburan di Malaysia sendiri. Persaudaraan sesama Islam juga sangat lemah kerana terdapatnya perselisihan pendapat dan perebutan kuasa. Walhal, keutuhan persaudaran sesama Islam adalah sesuatu yang paling ditakuti oleh musuh Islam.
Soalan keenam: Apakah yang perlu dilakukan untuk memantapkan pegangan Islam dalam kalangan masyarakat kini?
Rumusan jawapan: Ibu bapa perlu menerapkan nilai Islam dalam diri anak-anak sejak kecil. Masyarakat perlu lebih menghayati agama dalam diri kerana terlalu banyak hasutan yang boleh menyebabkan keruntuhan iman. Akhirnya semua orang Islam perlulah bersatu padu meningkat pegangan Islam untuk membuktikan bahawa Islam adalah suatu agama yang kuat dan utuh.
Biodata ringkas responden:
Nama: Nurul Afiqah Fattin binti Amat
Umur: 22 Tahun
Asal: Lahir di Sabah dan menetap di Perak
Status: Pelajar
Bidang: Sarjana Muda Fisioterapi, UiTM Puncak Alam
Alhamdulillah. Terima kasih kepada responden kerana sudi membantu kami melaksanakan tugas ini dan juga atas jawapan mantap yang diberikan. InsyaAllah, rumusan daripada sesi temu bual ini akan ditulis dalam entry berikutnya.
No comments:
Post a Comment