Selamat Datang ❤

السلام عليكم



Selamat datang ke blog projek akhir TITAS CTU551 kami.

Halaman ini dibina untuk memudahkan lagi pencarian entry yang telah dipostkan dalam blog ini.


Selamat membaca dan mengenali Tamadun Islam dengan lebih mendalam lagi menerusi blog kami. Harap maaf atas kekurangan yang ada, semoga Allah redha akan usaha kita mendalami ilmuNya. Amiin


Kajian luar (Lapangan)


Kajian dalaman (Sumber Perbincangan, Internet dan Buku)

Lawati juga padlet kami di: http://padlet.com/sdmuslims/tamadunislam

^_^

Friday, October 31, 2014

Pengenalan Dan Definisi Tamadun Islam

السلام عليكم

PENGENALAN
Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina, Ibn Rushd dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan di Barat serta Tanah Melayu yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.

PERSPEKTIF ISLAM

1.  Ibn Khaldun


  • Kitabnya al-Muqaddimah: Memperkenalkan dua terminologi al-umran dan al-hadarah yang bermaksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan, kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama.

2.  Abu Nasir al – Farabi


  • Memperkenalkan istilah al – madaniah dalam kitabnya as-Siyasah al-Madaniah. Terminologi ini diambil daripada akar kata Madinah iaitu sebuah Negara Islam yang pertama yang diasaskan oleh Rasululah s.a.w. Madaniah yang digambarkan oleh Farabi ialah pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah, syarak dan akhlak.

PERSPEKTIF BARAT

1.   E.B Taylor
  • Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek – aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai – nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.
2.   Arnold Toynbee


  • Tamadun ialah suatu sistem yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan – bahan ekonomi, system politik,pengetahuan dan seni.

No comments:

Post a Comment