Rasulullah s.a.w lahir pada 12 Rabi'al-Awwal tahun Gajah, bersamaan 20 April tahun 571 Masihi dari kalangan bangsa Arab Quraisy. Sifatnya yang jujur dan amanah menyebabkan baginda dikenali sebagai al-Amin (yang jujur) di kalangan masyarakat pada ketika itu. Pada 17 Ramadan bersamaan 6Ogos tahun 610 Masihi baginda mendapat wahyu yang pertama daripada Allah s.w.t. iaitu pelantikan sebagai Rasul Allah.
MAKKAH
Selama 13 tahun berikutnya Baginda menjalankan dakwah di Makkah yang bertemakantauhid, iaitu mengesakan Allah s.w.t. dan menentang segala bentuk syirik, khurafat dan tahyul.
MADINAH
Pada tahun 622 Masihi, Baginada mula berdakwah di Madinah. Usaha-usaha dakwah Rasulullah secara kasarnya tertumpu kepada:-
1. Membina dan menyusun masyarakat serta negara Islam.
2. Memelihara dan mempertahankan masyarakat dan negara Islam.
ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN
1. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (632 Masihi)
- Pada masa pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq, beliau telah berjaya mewujudkan keamanan dengan menumpaskan golongan yang enggan membayar zakat dan mereka yang mendakwa diri mereka sebagai nabi selepas kewafatan Rasulullah.
- Pada masa pemerintahan Umar al-Khattab dengan kekuatan tentera yang dimiliki, wilayah Islam mula berkembang ke Syria dan Mesir dan berjaya menundukkan pemerintahan Romawi di timur dan menghancurkan pemerintahan Farsi di Iraq.
- Pada masa pemerintah Uthman ibn al-Affan pula kerajaan Islam terus berkembang luas sehingga ke Afrika di bahagian barat dan Turkistan di Timur. Antara usaha penting Uthman ibn Affan ialah pembukuan al-Qur'an menjadi sebuah mashaf yang lengkap.
- Pada masa pemerintahan Ali ibn Abi Talib, ilmu sains dan matematik mula diperkenalkan.
ZAMAN BANI UMMAIYAH
Khalifah-khalifah kerajaan Bani Umayyah meletakkan al-Qur'an, al-Sunnah danal-Ijma' sebagai sumber perundangan negara, dan bentuk organisasai negara seperti politik, pentadbiran dan kewangan dikekalkan seperti pada zaman Nabidan Sahabat, tetapi ia diperluas dan diubah suai sesuai dengan pertambahan penduduk dan keluasan daerah Islam pada ketika itu. Pusat pemerintahan kerajaanBani Umayyah adalah di Damsyik (Syam) atau dikenali sebagai Syria sekarang. Di Syam kegiatan ilmu pengetahuan sangat digalakkan. Pada masa itulah ilmu-ilmu al-Qur'an dan al-Hadis seperti 'ulum al-Qur'an dan mustalah Hadith mula dikembangkan, begitu juga ilmu-ilmu sains seperti perubatan dan sebagainya. Kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol yang dipimpin oleh 'Abdul al-Rahman al-Dakhil memisahkan diri dari pusat pemerintahan Islam di timur, dengan mendirikan kerajaan Islam di Andalusia, iaitu di Benua Eropah. Pusat pemerintahannya adalah di Cordova.
ZAMAN BANI ABBASIYAH
Pada zaman ini perkembangan kebudayaan, keilmuan, kegiatan ekonomi dan politik begitu meluas dan gemilang. Kerajaan Bani Abbassiyah pada waktu itu berpusat di Baghdad. Dalam bidang kebudayaan, kegiatan seni seperti puisi, binaan dan ukiran berkembang pesat. Perkahwinan campur telah melahirkan cantuman kebudayaan Farsi, Hindu, Arab, dan Greek. Dari sudut keilmuan, pada zaman pemerintahanKerajaan Bani Abbassiyah berlaku penubuhan Bayt al-Hikmah dan gerakan terjemahan yang diberi perhatian serius yang telah membantu perkembangan dunia keilmuan. Masjid dijadikan sebagai pusat segala kegiatan ilmu. Perkembangan dalam bidang ekonomi juga dapat dilihat dengan peranan yang dimainkan oleh Bayt al-Mal. Fungsinya menjaga khazanah negara dan mengagihkannya mengikut keperluan negara. Ini dapat diselenggarakan dengan berkesan. Sumber-sumber ekonomi seperti pertanian dan perdagangan juga berkembang pesat. Dari segi politik, kelahiran fahaman politik mula wujud. Kerajaan juga mampu menyediakan angkatan perang yang mantap untuk menghadapi sebarang bentuk ancaman musuh sama ada dari luar atau dalam. Ketika ini juga organisasi kehakiman menjadi satu organisasi yang kukuh dan mempunyai peranan yang besar.
ZAMAN MOGHUL DAN UTHMANIAH
Perkembangan dan kemajuan tetap berlaku, tetapi kerancakannya semakin menurun akibat daripada penjajahan melalui peperangan dan usaha-usaha untuk melumpuhkan Islam. Pada ketika itu budaya ilmu mula bertukar menjadi budaya politik. Pada abad ke-13 Masihi kerajaan Islam Moghul telah diserang dan dimusnahkan. Ini mengakibatkan banyak khazanah Islam musnah dan dipindahkan ke dunia Barat. Pada masa yang sama juga Eropah mula membina tamadun mereka. Kerajaan Moghul berpusat di Asia Tengah dan kemudian di India, manakala kerajaan Uthmaniah mula-mula bertapak di Asia Kecil, kemudian bertapak kuat di Istanbul. Pengaruh Tamadun Islam yang Membawa kepada Renaissans di Eropah. Perkataan renaissans berasal daripada bahasa Perancis, yang bermaksud kelahiran semula (rebirth). Istilah ini merujuk kepada zaman perkembangan tamadun Barat semasa zaman perubahan (transition) dari zaman kegelapan (medieval) ke zaman modennya. Pengaruh pemikiran Islam ke atas Barat bermula dari abad ke-11 sehingga abad ke-13 dan ke-14 Masihi.
KESIMPULAN:
Tamadun Islam bermula daripada Zaman Rasulullah SAW. Atas usaha Baginda dan para sahabat menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat Arab Jahiliyah berlandaskan wahyu daripada Allah SWT serta perkembangan Zaman Bani Ummaiyah (Syiria), Zaman Bani Abbasiyah(Baghdad) dan Zaman Turki Uthmaniah(Istanbul) Islam kemudiannya berkembang menjadi sebuah tamadun yang luas sehingga ke hari ini.
No comments:
Post a Comment