Selamat Datang ❤

السلام عليكم



Selamat datang ke blog projek akhir TITAS CTU551 kami.

Halaman ini dibina untuk memudahkan lagi pencarian entry yang telah dipostkan dalam blog ini.


Selamat membaca dan mengenali Tamadun Islam dengan lebih mendalam lagi menerusi blog kami. Harap maaf atas kekurangan yang ada, semoga Allah redha akan usaha kita mendalami ilmuNya. Amiin


Kajian luar (Lapangan)


Kajian dalaman (Sumber Perbincangan, Internet dan Buku)

Lawati juga padlet kami di: http://padlet.com/sdmuslims/tamadunislam

^_^

Friday, December 19, 2014

Video: Montaj Projek Akhir CTU551 2014

السلام عليكم

Pada hari ini, 19/12/2014, kami telahpun membuat perbentangan kumpulan di dalam kuliah. Alhamdulillah, dengan ini berakhirnya kerja-kerja projek kami. Kami berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalankan tugas ini. Banyak pengajaran yang kami peroleh sepanjang projek ini berlangsung. Moga Allah redha dengan usaha kita dalam menimba ilmu sepanjang kehidupan ini. Amiin!

Terima kasih kepada pensyarah penasihat, Pn. Mahfuzah Zabidi atas tunjuk ajar dan juga kepada ahli-ahli kumpulan yang banyak membantu. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekuliah.

Dengan berakhirnya projek ini, kami ingin mempersembahkan montaj yang mengandungi segala aktiviti kami selama ini. Selamat menonton! 


Blog dan montaj disediakan oleh: Siti Zulaikha binti Zainuddin

Video: Kegemilangan, Keruntuhan dan Kebangkitan Tamadun Islam

السلام عليكم

Sebagai ringkasan/rumusan kepada projek ini, kami mencadangkan sahabat-sahabat untuk menghayati video di bawah. Video ini diambil dari youtube. InsyaAllah, semua info yang ada dalam video tersebut dapat membantu kita semua dalam mengetahui sejarah atau 'timeline' Tamadun Islam dari bermulanya Zaman Rasulullah SAW sehinggalah hari ini.

Semoga bermanfaat dan selamat menonton! :D


Sunday, December 7, 2014

Kupasan Tentang Kesenian Khat Tamadun Islam

السلام عليكم

Kali ini, kami ingin mengupas sedikit tentang dapatan kami ketika melawati Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Selain daripada replika rumah kediaman Rasulullah SAW seperti dinyatakan di dalam entry sebelum ini (klik untuk baca), terdapat juga pameran hasil-hasil kesenian Islam di situ terutamanya, Seni Kaligrafi iaitu Khat.

Asal Usul Khat
Terdapat beberapa pendapat mengatakan dari mana asalnya khat. Antaranya ialah, pendapat pertama menyatakan khat adalah anugerah daripada Allah S.W.T. kepada manusia. Allah telah mengajar ilmu dan cara menulis kepada Adam a.s dan diwarisi turun temurun sehingga kini. Ibnu Khaldun juga menyatakan bahawa tulisan jenis masnad berasal daripada Yaman, kemudiannya berpindah kepada keluarga al-Munzir di Heart. Tulisan ini lahir pada zaman kerajaan Saba’ di Himyar. Terdapat juga pendapat yang menyatakan tulisan ini berasal dari Heart dan akhirnya ke Hijaz. Selain itu juga, ada yang menyatakan khat berasal daripada finiqi yang diambil daripada huruf Mesir purba. Akan tetapi, kebanyakan ahli sejarah bersetuju dengan pendapat yang terakhir iaitu khat berasal berasal daripada tulisan Nabati (Ramali). Ia sampai ke Hijaz melalui dua jalan iaitu jalan dekat dari Nabati ke Batra ke Ula, ke Madinah dan Makkah serta jalan jauh iaitu melalui Harran ke lembah Furat, ke Daumatul Jandal, ke Madinah, Makkah dan Taif.
(Ensiklopedia Kesenian dan Warisan Islam, Jilid 7.2009)

Seni Khat Tertua (Khat Kufi)

Khat Kufi (i)
Khat Kufi (ii)
Isi kandungan Mushaf (i) dan (ii) adalah Surah Al-Baqarah (11-14) yang ditulis pada abad ke-3 Hijrah. Ianya ditulis di atas lembaran kulit yang nipis dan resam. 

Khat Kufi (iii)
Khat Kufi (iv)
Manakala isi kandungan Mushaf (iii) dan (iv) adalah Surah Al-Fatihah yang ditulis pada tahun 2004 di atas sebuah batu.

Khat Kufi (v)
Mushaf (v) ini pula ditulis pada abad ke-3 Hijrah dan ditulis di atas pyprus. Isi kandungannya adalah Surah Al-Baqarah ayat 283 dan 284.

Khat Kufi (vi)
Khat Kufi (vii)
Karya ini pula bertajuk Lembaran Mushaf dengan Khat Kufi Qairawani. Ianya ditulis oleh Ali bin Ahmad Al-Warraq pada tahun 410 Hijrah. Isi kandungannya adalah Surah Al-Baqarah ayat 212.


Gambar-gambar di atas menunjukkan empat buah lembaran Mushaf yang ditulis dengan tulisan Khat Kufi dan Kufi Qairawani.

Kufi ialah bentuk khat skrip bahasa Arab yang tertua yang terdiri daripada skrip tua abjad Nabatean yang diubah suai. Namanya diambil sempena bandar Kufa, Iraq, walaupun skrip ini diguna di Mesopotamia sekurang-kurangnya 100 tahun sebelum pembinaan Kufa. Skrip ini diguna pakai di semenanjung Arab sebelum datangnya Islam. Salinan-salinan terawal al-Quran ditulis dalam skrip ini.

Merupakan sebentuk skrip bergaris dan bersudut, lazimnya dengan garis tegak dan melintang memanjang. Pada asalnya skrip ini tidak ada petunjuk konsonan yang membezakan, misalnya, ba ta dantha. Ia masih digunakan di negara-negara Islam, mahupun dengan pengedaran masa skrip ini telah menjalani beberapa pengubahsuaian dan mempamirkan perbezaan kedaerahan; perbezaan skrip Kufi Semenanjung Arab dan negara-negara Afrika Utara amat ketara.

Jenis khat ini kerap diguna dalam manuskrip-manuskrip abad ke-8 hingga ke-10. Kufi sering dilihat pada duit syiling dan tugu Seljuk dan pada syiling Empayar Uthmaniyyah awal. Ciri hiasnya membawa kepada penggunaannya sebagai elemen hiasan pada beberapa bangunan awam dan persendendirian yang dibina sebelum zaman replublikan Turki.

Reka bentuk kufi segi empat ataupun geometri: Kufi gaya ini ialah Kufi berbentuk segi empat tepat yang amat sederhana, digunakan bagi kerja-kerja penjubinan. Di Iran, kadangkala seluruh bangunan dihiaskan dengan jubin yang mengeja nama suci dan murni seperti nama Allah, Nabi Muhammad (s.a.w) dan Saidina Ali (r.a), satu teknik yang dikenali sebagi banna'i.

Fungsi Tulisan Khat

Seni khat boleh dipertikaikan sebagai bentuk paling dipuja dalam kesenian Islam kerana skirp Arab menurpakan cara penyampaian Al-Quran. Kitab suci Islam, Al-Quran, telah memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pembangunan bahasa Arab, dan secara tambahan, seni khat dalam huruf Arab serta perkembangan ilmu pada masa itu. Peribahasa dan ayat penuh dari Al-Quran masih merupakan sumber aktif seni khat Islam.

Usaha Rasulullah SAW Dalam Kepentingan Sistem Tulisan.

  • Rasulullah SAW menggesa umatnya pada zaman dahulu untuk mengajarkan anak-anak mereka membaca dan menulis. 
  • Baginda sendiri mengendalikan urusan kelab latihan tulis-menulis di Madinah dengan tunjuk ajar sahabat dan individu yang mahir menulis. 
  • Hasilnya, wujud dalam kalangan umat Islam yang mahir dalam banyak bahasa seperti Zaid bin Thabit yang mempelajari bahasa Parsi, Rom, Qibti dan Habsyah. 
  • Beliau juga menterjemahkan surat-surat Rasulullah SAW yang ditulis dalam bahasa tersebut. 
  • Kepentingan tulisan disambung pula oleh Khulafa Ar-Rasyidin sewaktu pemerintahan mereka. 
  • Ketika pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, Al-Quran ditulis di atas pelbagai bahan. 
  • Apabila para hafiz al-Quran semakin berkurangan akibat syahid di medan peperangan dan timbulnya kelainan dalam bacaan al-Quran, Khalifah Uthman bin Affan mengambil lembaran-lembaran yang dicatat oleh Zaid bin Thabit untuk disalin semula.


Kesimpulan:
Secara keseluruhannya, tulisan Khat bukan sahaja memberi perkembangan dalam bidang kesenian Tamadun Islam. Malah ia juga membantu dalam kemajuan sistem tulisan dan ilmu yang mendorong umat Islam untuk bangun dalam membina sebuat tamadun yang disegani pada masa kini. Ia juga berperanan penting dalam mengekalkan keaslian kitab suci Al-Quran yang dijadikan panduan seluruh umat manusia.

Sekian ^^

Saturday, December 6, 2014

Sesi Perkongsian Ilmu Bersama Sahabat

السلام عليكم

Alhamdulillah, kami telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu Bersama Sahabat di kolej kediaman Casuarina pada 3/12/2014. Topik perkongsian kami adalah "Tamadun Andalusia: Sumbangan Ilmu Terhadap Dunia Islam"

Kami telah mengedarkan flyers atau brochure kepada beberapa sahabat. Berikut adalah contoh flyers kami:
Click to enlarge 

Selaganya berjalan dengan lancar sepanjang sesi ini diadakan. Kami bukan sahaja mengedarkan flyers tersebut, tetapi kami juga memberi sedikit pendedahan kepada responden tentang Tamadun Islam dan Tamadun Andalusia khususnya.

Pandangan Responden:

"Alhamdulillah, terima kasih kepada kumpulan Tamadun Islam atas perkongsian yang bermanfaat kepada kami. Melalui perkongsian ini, saya dapat mengetahui ciri-ciri kemajuan ilmu Islam di Andalusia. Seperti yang kita tahu, Andalusia merupakan tunggak utama kegemilangan bidang keilmuan Islam. Oleh itu, pendedahan tentang topik ini kepada masyarakat Islam terutamanya remaja seperti kami, adalah sangat digalakkan supaya kita lebih menghargai ilmu dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita. Tahniah kepada kumpulan Tamadun Islam atas usaha ini." -Nur Hazirah (Sarjana Muda Kejururawatan, UiTM Puncak Alam.)

Gambar-gambar sepanjang sesi perkongsian dijalankan:

      
          

Kami harapkan segala usaha kami dalam sesi perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri dan sahabat-sahabat yang terlibat. InsyaAllah :D

Monday, December 1, 2014

Pengaliran Ilmu Islam ke Tanah Barat dan Tanah Melayu

Tanah Barat

  • Perkembangan ilmu bidang sains dan falsafah melonjakkan tamadun Islam kepada tanah barat
  • Pengaliran ilmu Islam ke barat bermula daripada Tamadun Andalusia
  • Andalus yang memulakan kegiatan penterjemahan buku-buku dan kitab-kitab ke pelbagai bahasa
  • Pelajar dari pelosok tanah Eropah datang menimba ilmu di Andalus dan banyak terbitan buku bahasa Arab ke bahasa Latin
Adelard of Bath
  • Melahirkan tokoh seperti Adelard of Bath (Jadual astronomi karya Maslamah b. Ahmad al-Majriti, huraian matematik tulisan al-Khawarizmi dan huraian tentang ilmu burung),Plato of Tivoli (karya al-‘Imrani, karya al-Battani dan karya Abu Bakr al-Hassan b. al-Khasib), Robert of Chester (Karya al-Kindi, terjemahan al-Quran pertama dalam bahasa Latin, karya tentang algebra oleh al-Khawarizmi dan huraian tentang bidang alkemi yang ditulis oleh Khalid b. Yhazid), John of Sivelle (menterjemahkan karya Arab berkaitan bidang arithmetic,astronomi, perubatan dan falsafah), Hermann the Dalmation(terjemahan jadual astronomi yang pernah dihasilkan oleh al-Khawarizmi, terjemahan karya Abu Ma’sha dan terjemahan dari bahasa Arab yang dibuat oleh Maslamah b. Ahmad al-Majriti)
  • Pihak Barat memperoleh maklumat tentang tamadun melalui orang Islam
  • Kedatangan mereka ke Andalus dan melakukan pencernaan ilmu melalui kegiatan terjemahan, jelas bahawa tamadun Islam menjadi saluran penting kepada pengaliran ilmu Islam ke tanah Barat

Tanah Melayu
  • Tokoh-tokoh Islam banyak membantu dalam menyebarkan ilmu Islam ke tanah melayu
Ibn Battuta



  • Ibnu Battuta (sumbangan beliau terhadap tamadun Melayu ialah Bahasa dan sastera dengan penghasilan satu-satunya karya pengembaraan arab di Asia Tenggara yang terbukti kesahihannya iaitu karya tersebut dikenali sebagai Rihlah ibn Batuta menceritakan tentang budaya adab resam serta keadaan masyarakat dunia)
  • Al-Ghazali (dianggarkan telah menghasilkan 300 buah buku dalam bidang pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumu quran dan falsafah, pendidikan dan ilmu syariah dengan menghasilkankitab ihya ulumuddin sebagai pegangan orang islam di Tanah Melayu) 
  • Ibnu Sina (banyak menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan antaranya ialah ilmu perubatan, karya beliau yang terkenal ialah Al qanun yang dijadikan sebagai rujukan di barat hingga akhir kurun ke21)
  • Akhirnya melahirkan tokoh-tokoh di alam Melayu sendiri iaitu Nuruddin Al-Raniri, Shamsuddin Al-sumaterani, Abdul Rauf Singkil, Hazah Al-Fasuri dan Bukhari Al-Jauhari
    
                                     Abdul Rauf Singkil



Perbincangan Kumpulan.

السلام عليكم

Pada 30/11/2014, kami telah berkumpul untuk berbincang mengenai dapatan dan rumusan daripada projek lapangan kami yang lepas (lawatan ke muzium dan sesi temu bual bersama responden). Kami juga telah berbincang tentang projek manfaat kepada 10 orang awam.



Bagi projek manfaat kepada 10 orang awam, kami memutuskan untuk memberi pendedahan tentang sumbangan ilmu oleh Tamadun Andalusia kepada dunia Islam. Sebagaimana yang telah dirancang, kami akan mengedarkan flyers/brochure dari bilik ke bilik di kolej kediaman.

Setelah membuat undian, flyers tersebut akan:

Disediakan oleh: Nazihah
Diedarkan oleh: Yuslinda
Gambar oleh: Asheera
Update blog oleh: Zulaikha

Semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar, amiin