Selamat Datang ❤

السلام عليكم



Selamat datang ke blog projek akhir TITAS CTU551 kami.

Halaman ini dibina untuk memudahkan lagi pencarian entry yang telah dipostkan dalam blog ini.


Selamat membaca dan mengenali Tamadun Islam dengan lebih mendalam lagi menerusi blog kami. Harap maaf atas kekurangan yang ada, semoga Allah redha akan usaha kita mendalami ilmuNya. Amiin


Kajian luar (Lapangan)


Kajian dalaman (Sumber Perbincangan, Internet dan Buku)

Lawati juga padlet kami di: http://padlet.com/sdmuslims/tamadunislam

^_^

Friday, December 19, 2014

Video: Montaj Projek Akhir CTU551 2014

السلام عليكم

Pada hari ini, 19/12/2014, kami telahpun membuat perbentangan kumpulan di dalam kuliah. Alhamdulillah, dengan ini berakhirnya kerja-kerja projek kami. Kami berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalankan tugas ini. Banyak pengajaran yang kami peroleh sepanjang projek ini berlangsung. Moga Allah redha dengan usaha kita dalam menimba ilmu sepanjang kehidupan ini. Amiin!

Terima kasih kepada pensyarah penasihat, Pn. Mahfuzah Zabidi atas tunjuk ajar dan juga kepada ahli-ahli kumpulan yang banyak membantu. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekuliah.

Dengan berakhirnya projek ini, kami ingin mempersembahkan montaj yang mengandungi segala aktiviti kami selama ini. Selamat menonton! 


Blog dan montaj disediakan oleh: Siti Zulaikha binti Zainuddin

Video: Kegemilangan, Keruntuhan dan Kebangkitan Tamadun Islam

السلام عليكم

Sebagai ringkasan/rumusan kepada projek ini, kami mencadangkan sahabat-sahabat untuk menghayati video di bawah. Video ini diambil dari youtube. InsyaAllah, semua info yang ada dalam video tersebut dapat membantu kita semua dalam mengetahui sejarah atau 'timeline' Tamadun Islam dari bermulanya Zaman Rasulullah SAW sehinggalah hari ini.

Semoga bermanfaat dan selamat menonton! :D


Sunday, December 7, 2014

Kupasan Tentang Kesenian Khat Tamadun Islam

السلام عليكم

Kali ini, kami ingin mengupas sedikit tentang dapatan kami ketika melawati Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. Selain daripada replika rumah kediaman Rasulullah SAW seperti dinyatakan di dalam entry sebelum ini (klik untuk baca), terdapat juga pameran hasil-hasil kesenian Islam di situ terutamanya, Seni Kaligrafi iaitu Khat.

Asal Usul Khat
Terdapat beberapa pendapat mengatakan dari mana asalnya khat. Antaranya ialah, pendapat pertama menyatakan khat adalah anugerah daripada Allah S.W.T. kepada manusia. Allah telah mengajar ilmu dan cara menulis kepada Adam a.s dan diwarisi turun temurun sehingga kini. Ibnu Khaldun juga menyatakan bahawa tulisan jenis masnad berasal daripada Yaman, kemudiannya berpindah kepada keluarga al-Munzir di Heart. Tulisan ini lahir pada zaman kerajaan Saba’ di Himyar. Terdapat juga pendapat yang menyatakan tulisan ini berasal dari Heart dan akhirnya ke Hijaz. Selain itu juga, ada yang menyatakan khat berasal daripada finiqi yang diambil daripada huruf Mesir purba. Akan tetapi, kebanyakan ahli sejarah bersetuju dengan pendapat yang terakhir iaitu khat berasal berasal daripada tulisan Nabati (Ramali). Ia sampai ke Hijaz melalui dua jalan iaitu jalan dekat dari Nabati ke Batra ke Ula, ke Madinah dan Makkah serta jalan jauh iaitu melalui Harran ke lembah Furat, ke Daumatul Jandal, ke Madinah, Makkah dan Taif.
(Ensiklopedia Kesenian dan Warisan Islam, Jilid 7.2009)

Seni Khat Tertua (Khat Kufi)

Khat Kufi (i)
Khat Kufi (ii)
Isi kandungan Mushaf (i) dan (ii) adalah Surah Al-Baqarah (11-14) yang ditulis pada abad ke-3 Hijrah. Ianya ditulis di atas lembaran kulit yang nipis dan resam. 

Khat Kufi (iii)
Khat Kufi (iv)
Manakala isi kandungan Mushaf (iii) dan (iv) adalah Surah Al-Fatihah yang ditulis pada tahun 2004 di atas sebuah batu.

Khat Kufi (v)
Mushaf (v) ini pula ditulis pada abad ke-3 Hijrah dan ditulis di atas pyprus. Isi kandungannya adalah Surah Al-Baqarah ayat 283 dan 284.

Khat Kufi (vi)
Khat Kufi (vii)
Karya ini pula bertajuk Lembaran Mushaf dengan Khat Kufi Qairawani. Ianya ditulis oleh Ali bin Ahmad Al-Warraq pada tahun 410 Hijrah. Isi kandungannya adalah Surah Al-Baqarah ayat 212.


Gambar-gambar di atas menunjukkan empat buah lembaran Mushaf yang ditulis dengan tulisan Khat Kufi dan Kufi Qairawani.

Kufi ialah bentuk khat skrip bahasa Arab yang tertua yang terdiri daripada skrip tua abjad Nabatean yang diubah suai. Namanya diambil sempena bandar Kufa, Iraq, walaupun skrip ini diguna di Mesopotamia sekurang-kurangnya 100 tahun sebelum pembinaan Kufa. Skrip ini diguna pakai di semenanjung Arab sebelum datangnya Islam. Salinan-salinan terawal al-Quran ditulis dalam skrip ini.

Merupakan sebentuk skrip bergaris dan bersudut, lazimnya dengan garis tegak dan melintang memanjang. Pada asalnya skrip ini tidak ada petunjuk konsonan yang membezakan, misalnya, ba ta dantha. Ia masih digunakan di negara-negara Islam, mahupun dengan pengedaran masa skrip ini telah menjalani beberapa pengubahsuaian dan mempamirkan perbezaan kedaerahan; perbezaan skrip Kufi Semenanjung Arab dan negara-negara Afrika Utara amat ketara.

Jenis khat ini kerap diguna dalam manuskrip-manuskrip abad ke-8 hingga ke-10. Kufi sering dilihat pada duit syiling dan tugu Seljuk dan pada syiling Empayar Uthmaniyyah awal. Ciri hiasnya membawa kepada penggunaannya sebagai elemen hiasan pada beberapa bangunan awam dan persendendirian yang dibina sebelum zaman replublikan Turki.

Reka bentuk kufi segi empat ataupun geometri: Kufi gaya ini ialah Kufi berbentuk segi empat tepat yang amat sederhana, digunakan bagi kerja-kerja penjubinan. Di Iran, kadangkala seluruh bangunan dihiaskan dengan jubin yang mengeja nama suci dan murni seperti nama Allah, Nabi Muhammad (s.a.w) dan Saidina Ali (r.a), satu teknik yang dikenali sebagi banna'i.

Fungsi Tulisan Khat

Seni khat boleh dipertikaikan sebagai bentuk paling dipuja dalam kesenian Islam kerana skirp Arab menurpakan cara penyampaian Al-Quran. Kitab suci Islam, Al-Quran, telah memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pembangunan bahasa Arab, dan secara tambahan, seni khat dalam huruf Arab serta perkembangan ilmu pada masa itu. Peribahasa dan ayat penuh dari Al-Quran masih merupakan sumber aktif seni khat Islam.

Usaha Rasulullah SAW Dalam Kepentingan Sistem Tulisan.

  • Rasulullah SAW menggesa umatnya pada zaman dahulu untuk mengajarkan anak-anak mereka membaca dan menulis. 
  • Baginda sendiri mengendalikan urusan kelab latihan tulis-menulis di Madinah dengan tunjuk ajar sahabat dan individu yang mahir menulis. 
  • Hasilnya, wujud dalam kalangan umat Islam yang mahir dalam banyak bahasa seperti Zaid bin Thabit yang mempelajari bahasa Parsi, Rom, Qibti dan Habsyah. 
  • Beliau juga menterjemahkan surat-surat Rasulullah SAW yang ditulis dalam bahasa tersebut. 
  • Kepentingan tulisan disambung pula oleh Khulafa Ar-Rasyidin sewaktu pemerintahan mereka. 
  • Ketika pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, Al-Quran ditulis di atas pelbagai bahan. 
  • Apabila para hafiz al-Quran semakin berkurangan akibat syahid di medan peperangan dan timbulnya kelainan dalam bacaan al-Quran, Khalifah Uthman bin Affan mengambil lembaran-lembaran yang dicatat oleh Zaid bin Thabit untuk disalin semula.


Kesimpulan:
Secara keseluruhannya, tulisan Khat bukan sahaja memberi perkembangan dalam bidang kesenian Tamadun Islam. Malah ia juga membantu dalam kemajuan sistem tulisan dan ilmu yang mendorong umat Islam untuk bangun dalam membina sebuat tamadun yang disegani pada masa kini. Ia juga berperanan penting dalam mengekalkan keaslian kitab suci Al-Quran yang dijadikan panduan seluruh umat manusia.

Sekian ^^

Saturday, December 6, 2014

Sesi Perkongsian Ilmu Bersama Sahabat

السلام عليكم

Alhamdulillah, kami telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu Bersama Sahabat di kolej kediaman Casuarina pada 3/12/2014. Topik perkongsian kami adalah "Tamadun Andalusia: Sumbangan Ilmu Terhadap Dunia Islam"

Kami telah mengedarkan flyers atau brochure kepada beberapa sahabat. Berikut adalah contoh flyers kami:
Click to enlarge 

Selaganya berjalan dengan lancar sepanjang sesi ini diadakan. Kami bukan sahaja mengedarkan flyers tersebut, tetapi kami juga memberi sedikit pendedahan kepada responden tentang Tamadun Islam dan Tamadun Andalusia khususnya.

Pandangan Responden:

"Alhamdulillah, terima kasih kepada kumpulan Tamadun Islam atas perkongsian yang bermanfaat kepada kami. Melalui perkongsian ini, saya dapat mengetahui ciri-ciri kemajuan ilmu Islam di Andalusia. Seperti yang kita tahu, Andalusia merupakan tunggak utama kegemilangan bidang keilmuan Islam. Oleh itu, pendedahan tentang topik ini kepada masyarakat Islam terutamanya remaja seperti kami, adalah sangat digalakkan supaya kita lebih menghargai ilmu dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita. Tahniah kepada kumpulan Tamadun Islam atas usaha ini." -Nur Hazirah (Sarjana Muda Kejururawatan, UiTM Puncak Alam.)

Gambar-gambar sepanjang sesi perkongsian dijalankan:

      
          

Kami harapkan segala usaha kami dalam sesi perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri dan sahabat-sahabat yang terlibat. InsyaAllah :D

Monday, December 1, 2014

Pengaliran Ilmu Islam ke Tanah Barat dan Tanah Melayu

Tanah Barat

  • Perkembangan ilmu bidang sains dan falsafah melonjakkan tamadun Islam kepada tanah barat
  • Pengaliran ilmu Islam ke barat bermula daripada Tamadun Andalusia
  • Andalus yang memulakan kegiatan penterjemahan buku-buku dan kitab-kitab ke pelbagai bahasa
  • Pelajar dari pelosok tanah Eropah datang menimba ilmu di Andalus dan banyak terbitan buku bahasa Arab ke bahasa Latin
Adelard of Bath
  • Melahirkan tokoh seperti Adelard of Bath (Jadual astronomi karya Maslamah b. Ahmad al-Majriti, huraian matematik tulisan al-Khawarizmi dan huraian tentang ilmu burung),Plato of Tivoli (karya al-‘Imrani, karya al-Battani dan karya Abu Bakr al-Hassan b. al-Khasib), Robert of Chester (Karya al-Kindi, terjemahan al-Quran pertama dalam bahasa Latin, karya tentang algebra oleh al-Khawarizmi dan huraian tentang bidang alkemi yang ditulis oleh Khalid b. Yhazid), John of Sivelle (menterjemahkan karya Arab berkaitan bidang arithmetic,astronomi, perubatan dan falsafah), Hermann the Dalmation(terjemahan jadual astronomi yang pernah dihasilkan oleh al-Khawarizmi, terjemahan karya Abu Ma’sha dan terjemahan dari bahasa Arab yang dibuat oleh Maslamah b. Ahmad al-Majriti)
  • Pihak Barat memperoleh maklumat tentang tamadun melalui orang Islam
  • Kedatangan mereka ke Andalus dan melakukan pencernaan ilmu melalui kegiatan terjemahan, jelas bahawa tamadun Islam menjadi saluran penting kepada pengaliran ilmu Islam ke tanah Barat

Tanah Melayu
  • Tokoh-tokoh Islam banyak membantu dalam menyebarkan ilmu Islam ke tanah melayu
Ibn Battuta



  • Ibnu Battuta (sumbangan beliau terhadap tamadun Melayu ialah Bahasa dan sastera dengan penghasilan satu-satunya karya pengembaraan arab di Asia Tenggara yang terbukti kesahihannya iaitu karya tersebut dikenali sebagai Rihlah ibn Batuta menceritakan tentang budaya adab resam serta keadaan masyarakat dunia)
  • Al-Ghazali (dianggarkan telah menghasilkan 300 buah buku dalam bidang pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumu quran dan falsafah, pendidikan dan ilmu syariah dengan menghasilkankitab ihya ulumuddin sebagai pegangan orang islam di Tanah Melayu) 
  • Ibnu Sina (banyak menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan antaranya ialah ilmu perubatan, karya beliau yang terkenal ialah Al qanun yang dijadikan sebagai rujukan di barat hingga akhir kurun ke21)
  • Akhirnya melahirkan tokoh-tokoh di alam Melayu sendiri iaitu Nuruddin Al-Raniri, Shamsuddin Al-sumaterani, Abdul Rauf Singkil, Hazah Al-Fasuri dan Bukhari Al-Jauhari
    
                                     Abdul Rauf Singkil



Perbincangan Kumpulan.

السلام عليكم

Pada 30/11/2014, kami telah berkumpul untuk berbincang mengenai dapatan dan rumusan daripada projek lapangan kami yang lepas (lawatan ke muzium dan sesi temu bual bersama responden). Kami juga telah berbincang tentang projek manfaat kepada 10 orang awam.



Bagi projek manfaat kepada 10 orang awam, kami memutuskan untuk memberi pendedahan tentang sumbangan ilmu oleh Tamadun Andalusia kepada dunia Islam. Sebagaimana yang telah dirancang, kami akan mengedarkan flyers/brochure dari bilik ke bilik di kolej kediaman.

Setelah membuat undian, flyers tersebut akan:

Disediakan oleh: Nazihah
Diedarkan oleh: Yuslinda
Gambar oleh: Asheera
Update blog oleh: Zulaikha

Semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar, amiin 

Monday, November 17, 2014

Perbezaan Sumber Pemerintahan dan Asas Politik Tamadun Islam Dan Barat

Perbezaan
Barat
Islam
Sumber Pemerintahan
Republik
Ketua Negara kerajaan yang bercorak republik adalah presiden. Jawatan presiden bukan diwarisi seperti dalam sistem monarki, tetapi dipilih oleh rakyat jelata. Ketua republik tidak memegang jawatan tersebut seumur hidupnya.

Monarki
Monarki adalah sebuah kerajaan yang diketuai oleh raja. Raja yang dilantik mewarisi jawatannya berdasarkan keturunan. Raja diberikan penghormtan yang tinggi dan dianggap sebagai orang atau lembaga yang berdaulat. Raja juga dianggap sebagai lambang keadilan dan baginda ditugaskan mengiktirafkan semua undang-undangyang diperkenalkan.

Autokrasi
Sistem pemerintahan autokrasi adalah disifatkan sebaagi pemerintahan oleh seseorang atau satu parti. Ia dapat disifatkan dengan melihat pengumpulan kuasa dalam satu pusat, aiitu sama ada seorang, satu organisasi atau satu kumpulan kuasa.
Al-Quran
Merupakan sumber utama dan terpenting bagi pemerintahan atau politik Islam. Terdiri daripada 6666 ayat itu membicarakan tentang segala aspek kehidupan manusia. Namun demikian, al-Quran tidak membicarakan tentang hal politik Islam secara terperinci. Hanya perkara pokok atai prinsip umum sahaja yang dibicarakan meliputi kekuasaan mutlak Allah s.w.t, pemerintahan sebagai amanah kepada manusia, pengendalian pemerintahan melalui syura, tugas pemerintah, tanggungjawab rakyat dan sebagainya.

Al-Sunnah
Segala yang datang daripada Rasullah s.w.t sama ada perkataan, perbuatan atau perakuan baginda. Ia merupakan sumber pemerintahanna atau politik Islam yang kedua selepas al-Quran. Al-Quran menggariskan prinsip pemerintahan Islam secara umum dan al-Sunnah merupakan pentafsirnya.
Asas-asas Politik
Perlembagaan
Penggubalan Perlembagaan adalah model asas dalam pemerintahan dan juga pentadbiran. Perlembagaan ini menjadi satu rujukan bagi menyelesaikan pelbagai perkara demi keharmonian rakyat. Namun, perlembagaan wujud melalui asas kepercayaan kepada kebebasan yang menyebabkan manusia cenderung kepada penyalahgunaan kuasa.
Aqidah
Aqidah Islamiyah ialah tunjang pemerintahan atau politik Islam yang paling utama. Berasaskan aqidahlah pemerintahan atau politik Islam dibina. Aqidah Islamiyah menjelaskan bahawa hak pemerintahan sebenarnya merupakan hak mutlak Allah s.w.t.

Syariah
Syariah merupakan asas kedua bagi pemerintahan atau politik Islam. Oleh sebab Allah merupakan pencipta, pemilik dan pentadbir alam ini, Dialah juga yang paling arif tentang segala keperluan yang dapat menyempurnakan kejadian ciptaan-Nya iaitu alam amnya dan manusia khasnya. Salah satu penyempurnaan alam dan manusia ialah peraturan atau undang-undang yang menetapkan perjalanan alam yang dikenali sebagai syariah islamiyah.

Saturday, November 15, 2014

Kemajuan yang Dibawa oleh Tamadun Islam (Umum)

السلام عليكم

ILMU
  • Keagungan sains dan teknologi hasil daripada semangat penyelidikan yang dicetuskan oleh Islam. 
  • Selama lapan abad (897M-1492M) orang-orang Islam menjadi perintis dan pelopor tamadun di Andalus (Sepanyol).
  • Didorong oleh semangat cintakan ilmu orang-orang Islam menjadi pemimpin dan guru dalam kegiatan keilmuan di institusi pendidikan di Andalus pada masa itu.
  • Islam mementingkan menuntut ilmu. Surah pertama yang diturunkan adalah Iqra’ yang bermaksud bacalah.
  • Kebanyakkan ilmu ditemui oleh umat Islam contohnya ilmu perubatan ditemui oleh Ibnu Sina.
  • Islam banyak megasaskan masjid dan sekolah islam yang menjadi tempat penyebaran ilmu.


EKONOMI
  • Sistem zakat dapat membantu golongan yang susah.
  • Rasulullah telah mengemaskinikan pungutan zakat, cukai ghanimah, fai’ dan kharaj.
  • Rasulullah memberi galakan kepada orang Islam untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan bagi memecah monopoli yang selama ini dilakukan oleh orang Yahudi. 
  • Masyarakat Islam dapat memecah jaringan kewangan golongan Yahudi yang memerangkap orang-orang miskin dengan memberi pinjaman atas kadar faedah yang tinggi. 
  • Rasulullah s.a.w. juga memberi perhatian kepada bidang penternakan dan pertanian.

Politik
  • Piagam madinah adalah perlembagaan bertulis pertama di dunia.
  • Membuktikan Rasulullah S.A.W Berjaya mengasas dan memantapkan kedudukan politik umat Islam.
  • Rasulullah merubah sama sekali prinsip suku kaum yang melahirkan ketegangan kaum.
  • Rasulullah menunjukkan kepimpinan yang baik sebagai seorang ketua yang boleh dicontohi semua pemimpin.

Sosial
  • Darjat wanita dinaikan.
  • Wanita tidak lagi hanya dijadikan hamba lelaki.
  • Anak perempuan tidak lagi ditanam hidup-hidup.
  • Islam tidak membezakan umat islam dari segi pangkat dan kedudukan.
  • Semua manusia adalah sama di sisi allah.
  • Islam menganjurkan perbatasan dalam perhubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
  • Nabi Muhammad S.A.W meyatukan suku kaum di madinah yang telah lama bermusuhan.

Sunday, November 9, 2014

Sesi Temu Bual Bersama Responden

السلام عليكم

Pada 7/11/2014, kami telahpun menemu bual seorang responden. Pada mulanya kami ingin menemui sendiri responden tersebut. Tetapi malangnya beliau agak sibuk dengan tugasan harian. Sebagai solusinya, beliau menghantar "voice recording" bagi menjawab persoalan yang kami berikan.

*Temu bual kami lebih cenderung kepada topik "Tamadun Islam di Malaysia"

Soalan pertama: Apakah pendapat anda tentang masyarakat Islam pada zaman dahulu dan masyarakat Islam pada zaman sekarang?



Rumusan jawapan: Pendakwah Islam terdahulu menanmkan sifat tauhid kepada Allah menyebabkan penjajah sukar untuk mengkafirkan orang Islam di Tanah Melayu. Mereka mungkin kurang menitikberatkan soal hukum, tetapi keimanan mereka cukup utuh. Berbanding umat Islam sekarang yang sememangnya Islam sejak lahir. Hal ini cenderung kepada kelahiran umat Islam yang hanya pada nama dan kurang penghayatan terhadap Islam sebagai agama yang benar.

Soalan kedua: Pada pendapat anda apakah perubahan yang Islam telah bawa kepada dunia?



Rumusan jawapan: Usaha Islam mengangkat darjat dan martabat wanita yang dahulunya ditindas oleh kaum lelaki. Ilmu Islam juga berkembang secara mendadak ke seluruh pelosok dunia. Antara faktor utamanya adalah kejayaan Nabi Muhammad S.A.W dalam menghasilkan perlembagaan bertulis pertama dan telah berjaya menguasai kota Mekah. Kepimpinan dan kebijaksanaan baginda menjadi tunjang kepada kegemilangan tamadun Islam sekarang. Di Tanah Melayu, Islam telah memperkenalkan sistem kesultanan bagi mewujudkan kepimpinan yang lebih sistematik.

Soalan ketiga: Apa yang harus dilakukan oleh pemimpin untuk mengekalkan kuasa Islam di Malaysia?



Rumusan jawapan: Selepas merdeka, kerajaan telah menubuhkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk memelihara perihal berkaitan Islam. Rakyat juga akan bercuti pada hari kebesaran Islam iaitu Raya Haji dan Raya puasa. Selain itu, penggunaan sistem kesultanan di mana Sultan berkuasa mutlak dalam hal keagamaan khususnya. Penjawat awam wanita juga dibenarkan menutup aurat tidak seperti sesetengah Negara yang menghalang wanita menutup aurat dengan sempurna.

Soalan keempat: Pada pandangan anda, apakah kemajuan yang di bawa oleh Islam dari segi ekonomi?



Rumusan jawapan: Kewujudan sistem kewangan Islam di Malaysia. Antara badan yang bertangungjawab menguruskan dana orang Islam adalah Lembaga Tabung Haji. Kebanyakkan sistem di Malaysia digubal supaya berlandaskan Islam. Melalui penggubalan tersebut, hak-hak setiap lapisan rakyat dapat ditegakkan. Mulai tahun 80-an, kerajaan telah banyak menubuhkan institusi kewangan Islam contohnya Baitulmal Wilayah, Bank Islam Malaysia, Bank Muamalat Malaysia Berhad yang mana semua menjalankan sistem kewangan Islam yang halal tanpa unsur riba’ dan penindasan. Islam juga menganjurkan umat Islam supaya berniaga .

Soalan kelima: Sebenarnya, apakah punca kelemahan umat Islam pada zaman sekarang?



Ringkasan jawapan: Industri hiburan yang semakin pesat berkembang telah merosakkan pemikiran-pemikiran umat Islam. Pengaruh-pengaruh negatif yang terselit di dalam hiburan khususnya drama, seringkali dijadikan ikutan oleh para remaja. Tambahan pula, nilai-nilai Islam kurang dipertontonkan di dalam industri hiburan di Malaysia sendiri. Persaudaraan sesama Islam juga sangat lemah kerana terdapatnya perselisihan pendapat dan perebutan kuasa. Walhal, keutuhan persaudaran sesama Islam adalah sesuatu yang paling ditakuti oleh musuh Islam.

Soalan keenam: Apakah yang perlu dilakukan untuk memantapkan pegangan Islam dalam kalangan masyarakat kini?


Rumusan jawapan: Ibu bapa perlu menerapkan nilai Islam dalam diri anak-anak sejak kecil. Masyarakat perlu lebih menghayati agama dalam diri kerana terlalu banyak hasutan yang boleh menyebabkan keruntuhan iman. Akhirnya semua orang Islam perlulah bersatu padu meningkat pegangan Islam untuk membuktikan bahawa Islam adalah suatu agama yang kuat dan utuh.


Biodata ringkas responden:


Nama: Nurul Afiqah Fattin binti Amat
Umur: 22 Tahun
Asal: Lahir di Sabah dan menetap di Perak
Status: Pelajar
Bidang: Sarjana Muda Fisioterapi, UiTM Puncak Alam

Alhamdulillah. Terima kasih kepada responden kerana sudi membantu kami melaksanakan tugas ini dan juga atas jawapan mantap yang diberikan. InsyaAllah, rumusan daripada sesi temu bual ini akan ditulis dalam entry berikutnya.

Saturday, November 8, 2014

Asal Usul Tamadun Islam di Dunia

Sejarah perkembangan Tamadun Islam bermula pada zaman Rasulullah s.a.w. Zaman Rasulullah terbahagi kepada dua period iaitu period Makkah dan period Madinah. Period Makkah merupakan zaman asas dalam pembentukan Tamadun Islam yang memberi penekanan kepada aspek spiritual, mental dan akhlak masyarakat. Period Madinah pula adalah zaman untuk membina komuniti dan negara yang baik serta mendapat keampunan Tuhan.

Rasulullah s.a.w lahir pada 12 Rabi'al-Awwal tahun Gajah, bersamaan 20 April tahun 571 Masihi dari kalangan bangsa Arab Quraisy. Sifatnya yang jujur dan amanah menyebabkan baginda dikenali sebagai al-Amin (yang jujur) di kalangan masyarakat pada ketika itu.  Pada 17 Ramadan bersamaan 6Ogos tahun 610 Masihi baginda mendapat wahyu yang pertama daripada Allah s.w.t. iaitu pelantikan sebagai Rasul Allah.


MAKKAH
Selama 13 tahun berikutnya Baginda menjalankan dakwah di Makkah yang bertemakantauhid, iaitu mengesakan Allah s.w.t. dan menentang segala bentuk syirik, khurafat dan tahyul.


MADINAH
Pada tahun 622 Masihi, Baginada mula berdakwah di Madinah. Usaha-usaha dakwah Rasulullah secara kasarnya tertumpu kepada:-

1. Membina dan menyusun masyarakat serta negara Islam.

2. Memelihara dan mempertahankan masyarakat dan negara Islam.


ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN

1. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (632 Masihi)
  • Pada masa pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq, beliau telah berjaya mewujudkan keamanan dengan menumpaskan golongan yang enggan membayar zakat dan mereka yang mendakwa diri mereka sebagai nabi selepas kewafatan Rasulullah.
2. Khalifah Umar al-Khattab (634 Masihi)
  • Pada masa pemerintahan Umar al-Khattab dengan kekuatan tentera yang dimiliki, wilayah Islam mula berkembang ke Syria dan Mesir dan berjaya menundukkan pemerintahan Romawi di timur dan menghancurkan pemerintahan Farsi di Iraq. 
3. Khalifah Uthman al-Affan (444 Masihi)
  • Pada masa pemerintah Uthman ibn al-Affan pula kerajaan Islam terus berkembang luas sehingga ke Afrika di bahagian barat dan Turkistan di Timur. Antara usaha penting Uthman ibn Affan ialah pembukuan al-Qur'an menjadi sebuah mashaf yang lengkap. 

4. Khalifah Ali Abi Talib (655 Masihi)
  • Pada masa pemerintahan Ali ibn Abi Talib, ilmu sains dan matematik mula diperkenalkan.

ZAMAN BANI UMMAIYAH


Khalifah-khalifah kerajaan Bani Umayyah meletakkan al-Qur'an, al-Sunnah danal-Ijma' sebagai sumber perundangan negara, dan bentuk organisasai negara seperti politik, pentadbiran dan kewangan dikekalkan seperti pada zaman Nabidan Sahabat, tetapi ia diperluas dan diubah suai sesuai dengan pertambahan penduduk dan keluasan daerah Islam pada ketika itu. Pusat pemerintahan kerajaanBani Umayyah adalah di Damsyik (Syam) atau dikenali sebagai Syria sekarang. Di Syam kegiatan ilmu pengetahuan sangat digalakkan. Pada masa itulah ilmu-ilmu al-Qur'an dan al-Hadis seperti 'ulum al-Qur'an dan mustalah Hadith mula dikembangkan, begitu juga ilmu-ilmu sains seperti perubatan dan sebagainya. Kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol yang dipimpin oleh 'Abdul al-Rahman al-Dakhil memisahkan diri dari pusat pemerintahan Islam di timur, dengan mendirikan kerajaan Islam di Andalusia, iaitu di Benua Eropah. Pusat pemerintahannya adalah di Cordova.


ZAMAN BANI ABBASIYAH


Pada zaman ini perkembangan kebudayaan, keilmuan, kegiatan ekonomi dan politik begitu meluas dan gemilang. Kerajaan Bani Abbassiyah pada waktu itu berpusat di Baghdad. Dalam bidang kebudayaan, kegiatan seni seperti puisi, binaan dan ukiran berkembang pesat. Perkahwinan campur telah melahirkan cantuman kebudayaan Farsi, Hindu, Arab, dan Greek. Dari sudut keilmuan, pada zaman pemerintahanKerajaan Bani Abbassiyah berlaku penubuhan Bayt al-Hikmah dan gerakan terjemahan yang diberi perhatian serius yang telah membantu perkembangan dunia keilmuan. Masjid dijadikan sebagai pusat segala kegiatan ilmu. Perkembangan dalam bidang ekonomi juga dapat dilihat dengan peranan yang dimainkan oleh Bayt al-Mal. Fungsinya menjaga khazanah negara dan mengagihkannya mengikut keperluan negara. Ini dapat diselenggarakan dengan berkesan. Sumber-sumber ekonomi seperti pertanian dan perdagangan juga berkembang pesat. Dari segi politik, kelahiran fahaman politik mula wujud. Kerajaan juga mampu menyediakan angkatan perang yang mantap untuk menghadapi sebarang bentuk ancaman musuh sama ada dari luar atau dalam. Ketika ini juga organisasi kehakiman menjadi satu organisasi yang kukuh dan mempunyai peranan yang besar.

ZAMAN MOGHUL DAN UTHMANIAH
Perkembangan dan kemajuan tetap berlaku, tetapi kerancakannya semakin menurun akibat daripada penjajahan melalui peperangan dan usaha-usaha untuk melumpuhkan Islam. Pada ketika itu budaya ilmu mula bertukar menjadi budaya politik. Pada abad ke-13 Masihi kerajaan Islam Moghul telah diserang dan dimusnahkan. Ini mengakibatkan banyak khazanah Islam musnah dan dipindahkan ke dunia Barat. Pada masa yang sama juga Eropah mula membina tamadun mereka. Kerajaan Moghul berpusat di Asia Tengah dan kemudian di India, manakala kerajaan Uthmaniah mula-mula bertapak di Asia Kecil, kemudian bertapak kuat di Istanbul. Pengaruh Tamadun Islam yang Membawa kepada Renaissans di Eropah. Perkataan renaissans berasal daripada bahasa Perancis, yang bermaksud kelahiran semula (rebirth). Istilah ini merujuk kepada zaman perkembangan tamadun Barat semasa zaman perubahan (transition) dari zaman kegelapan (medieval) ke zaman modennya. Pengaruh pemikiran Islam ke atas Barat bermula dari abad ke-11 sehingga abad ke-13 dan ke-14 Masihi.

KESIMPULAN:
Tamadun Islam bermula daripada Zaman Rasulullah SAW. Atas usaha Baginda dan para sahabat menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat Arab Jahiliyah berlandaskan wahyu daripada Allah SWT serta perkembangan Zaman Bani Ummaiyah (Syiria), Zaman Bani Abbasiyah(Baghdad) dan Zaman Turki Uthmaniah(Istanbul) Islam kemudiannya berkembang menjadi sebuah tamadun yang luas sehingga ke hari ini.

Friday, October 31, 2014

Pengenalan Dan Definisi Tamadun Islam

السلام عليكم

PENGENALAN
Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina, Ibn Rushd dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan di Barat serta Tanah Melayu yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.

PERSPEKTIF ISLAM

1.  Ibn Khaldun


  • Kitabnya al-Muqaddimah: Memperkenalkan dua terminologi al-umran dan al-hadarah yang bermaksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan, kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama.

2.  Abu Nasir al – Farabi


  • Memperkenalkan istilah al – madaniah dalam kitabnya as-Siyasah al-Madaniah. Terminologi ini diambil daripada akar kata Madinah iaitu sebuah Negara Islam yang pertama yang diasaskan oleh Rasululah s.a.w. Madaniah yang digambarkan oleh Farabi ialah pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah, syarak dan akhlak.

PERSPEKTIF BARAT

1.   E.B Taylor
  • Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek – aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai – nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.
2.   Arnold Toynbee


  • Tamadun ialah suatu sistem yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan – bahan ekonomi, system politik,pengetahuan dan seni.

Sunday, October 26, 2014

Lawatan Ke Muzium

السلام عليكم

Pada 24/10/2014, Alhamdulillah kami, Kumpulan Tamadun Islam bersama satu kumpulan yang lain telah ke Muzium Sultan Alam Shah dan juga Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. 

Kami bertolak daripada UiTM Puncak Alam pada jam 9.00 pagi dengan menaiki bas Rapid KL. Beberapa minit perjalanan, kami tiba di stesen bas Seksyen 2, sekaligus bersarapan di sana. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan terus ke Muzium Sultan Alam Shah di Seksyen 14. Terima kasih kepada Muiz kerana menumpangkan kami dari Seksyen 2 ke muzium yang ingin dituju.

Gambar di bahagian pintu masuk Muzium Sultan Alam Shah (MSAS)
**seorang daripada ahli kumpulan kami tidak dapat bersama kami kerana ada hal keluarga

Lokasi:
Pusat Bandar Shah Alam.

Tarikan:
Muzium utama ini diwujudkan bagi menyimpan seribu rahsia khazanah dan artifak Negeri Selangor terutamanya sejarah, salasiah Kesultanan Selangor, budaya, adat dan istiadat masyarakat di Selangor. Gedung sejarah ini juga bertanggungjawab memelihara pelbagai barangan berharga yang mencipta sejarah.

Gambar-gambar ketika melawat MSAS:




Disebabkan pusat pameran Islam MSAS ditutup kerana terdapat kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan, kami bergerak pula ke Kompleks Taman Seni Islam (KTSI).



Lokasi:
Yayasan Restu, Kompleks Taman Seni Islam Selangor.
Tarikan:
Merupakan pusat pengembangan seni Islam yang dijadikan sebagai pusat penjanaan berlandaskan nilai-nilai ajaran al-Quran.

 
 
Gambaran pelan rumah Rasulullah SAW

Alhamdulillah, sepanjang berada di KTSI kami mendapat sedikit pendedahan tentang gambaran kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan kesederhanaan. Berbanding dengan kehidupan kita sekarang, kita seharusnya bersyukur kepada Allah kerana diberi banyak kemudahan yang mewah-mewah. Selain itu, terdapat juga beberapa pameran berkenaan Rasul-rasul Ulul Azmi dan replika pedang kepunyaan pahlawan-pahlawan Islam terdahulu. 

Secara keseluruhan, kami bersyukur kerana diberi peluang untuk melawat tempat-tempat sebegi bukan hanya kerana ia dapat membantu sedikit sebanyak untuk projek kami, malah ia juga dapat menerapkan nilai cinta dan perihatin akan sejarah-sejarah Islam terdahulu.

Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi orang yang diredhai Allah dan Rasulullah. InsyaAllah