Perbezaan
|
Barat
|
Islam
|
Sumber Pemerintahan
|
Republik
Ketua Negara kerajaan yang bercorak republik adalah
presiden. Jawatan presiden bukan diwarisi seperti dalam sistem monarki,
tetapi dipilih oleh rakyat jelata. Ketua republik tidak memegang jawatan
tersebut seumur hidupnya.
Monarki
Monarki adalah sebuah kerajaan yang diketuai oleh
raja. Raja yang dilantik mewarisi jawatannya berdasarkan keturunan. Raja
diberikan penghormtan yang tinggi dan dianggap sebagai orang atau lembaga
yang berdaulat. Raja juga dianggap sebagai lambang keadilan dan baginda
ditugaskan mengiktirafkan semua undang-undangyang diperkenalkan.
Autokrasi
Sistem pemerintahan autokrasi adalah disifatkan
sebaagi pemerintahan oleh seseorang atau satu parti. Ia dapat disifatkan
dengan melihat pengumpulan kuasa dalam satu pusat, aiitu sama ada seorang,
satu organisasi atau satu kumpulan kuasa.
|
Al-Quran
Merupakan sumber utama dan terpenting bagi
pemerintahan atau politik Islam. Terdiri daripada 6666 ayat itu membicarakan
tentang segala aspek kehidupan manusia. Namun demikian, al-Quran tidak
membicarakan tentang hal politik Islam secara terperinci. Hanya perkara pokok
atai prinsip umum sahaja yang dibicarakan meliputi kekuasaan mutlak Allah
s.w.t, pemerintahan sebagai amanah kepada manusia, pengendalian pemerintahan
melalui syura, tugas pemerintah, tanggungjawab rakyat dan sebagainya.
Al-Sunnah
Segala yang datang daripada Rasullah s.w.t sama ada
perkataan, perbuatan atau perakuan baginda. Ia merupakan sumber
pemerintahanna atau politik Islam yang kedua selepas al-Quran. Al-Quran
menggariskan prinsip pemerintahan Islam secara umum dan al-Sunnah merupakan
pentafsirnya.
|
Asas-asas Politik
|
Perlembagaan
Penggubalan Perlembagaan adalah model asas dalam
pemerintahan dan juga pentadbiran. Perlembagaan ini menjadi satu rujukan bagi
menyelesaikan pelbagai perkara demi keharmonian rakyat. Namun, perlembagaan
wujud melalui asas kepercayaan kepada kebebasan yang menyebabkan manusia
cenderung kepada penyalahgunaan kuasa.
|
Aqidah
Aqidah Islamiyah ialah tunjang pemerintahan atau
politik Islam yang paling utama. Berasaskan aqidahlah pemerintahan atau
politik Islam dibina. Aqidah Islamiyah menjelaskan bahawa hak pemerintahan
sebenarnya merupakan hak mutlak Allah s.w.t.
Syariah
Syariah merupakan asas kedua bagi pemerintahan atau
politik Islam. Oleh sebab Allah merupakan pencipta, pemilik dan pentadbir
alam ini, Dialah juga yang paling arif tentang segala keperluan yang dapat
menyempurnakan kejadian ciptaan-Nya iaitu alam amnya dan manusia khasnya.
Salah satu penyempurnaan alam dan manusia ialah peraturan atau undang-undang
yang menetapkan perjalanan alam yang dikenali sebagai syariah islamiyah.
|
Selamat Datang ❤
Selamat datang ke blog projek akhir TITAS CTU551 kami.
Halaman ini dibina untuk memudahkan lagi pencarian entry yang telah dipostkan dalam blog ini.
Selamat membaca dan mengenali Tamadun Islam dengan lebih mendalam lagi menerusi blog kami. Harap maaf atas kekurangan yang ada, semoga Allah redha akan usaha kita mendalami ilmuNya. Amiin ❤
Kajian luar (Lapangan)
- Jadual Gerak Kerja
- Tentang Projek Kami ^^
- Lawatan Ke Muzium
- Sesi Temu Bual Bersama Responden
- Perbincangan Kumpulan
- Sesi Perkongsian Ilmu Bersama Sahabat
- Kupasan Tentang Kesenian Khat Tamadun Islam
Kajian dalaman (Sumber Perbincangan, Internet dan Buku)
- Konsep Tamadun Dan Peradaban Islam
- Pengenalan Dan Definisi Tamadun Islam
- Asal Usul Tamadun Islam di Dunia
- Kemajuan yang Dibawa oleh Tamadun Islam (Umum)
- Perbezaan Sumber Pemerintahan dan Asas Politik Tamadun Islam dan Tamadun Barat
- Pengaliran Ilmu Islam ke Tanah Barat dan Tanah Melayu
Lawati juga padlet kami di: http://padlet.com/sdmuslims/tamadunislam
^_^
Monday, November 17, 2014
Perbezaan Sumber Pemerintahan dan Asas Politik Tamadun Islam Dan Barat
Saturday, November 15, 2014
Kemajuan yang Dibawa oleh Tamadun Islam (Umum)
السلام عليكم
- Keagungan sains dan teknologi hasil daripada semangat penyelidikan yang dicetuskan oleh Islam.
- Selama lapan abad (897M-1492M) orang-orang Islam menjadi perintis dan pelopor tamadun di Andalus (Sepanyol).
- Didorong oleh semangat cintakan ilmu orang-orang Islam menjadi pemimpin dan guru dalam kegiatan keilmuan di institusi pendidikan di Andalus pada masa itu.
- Islam mementingkan menuntut ilmu. Surah pertama yang diturunkan adalah Iqra’ yang bermaksud bacalah.
- Kebanyakkan ilmu ditemui oleh umat Islam contohnya ilmu perubatan ditemui oleh Ibnu Sina.
- Islam banyak megasaskan masjid dan sekolah islam yang menjadi tempat penyebaran ilmu.
EKONOMI
- Sistem zakat dapat membantu golongan yang susah.
- Rasulullah telah mengemaskinikan pungutan zakat, cukai ghanimah, fai’ dan kharaj.
- Rasulullah memberi galakan kepada orang Islam untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan bagi memecah monopoli yang selama ini dilakukan oleh orang Yahudi.
- Masyarakat Islam dapat memecah jaringan kewangan golongan Yahudi yang memerangkap orang-orang miskin dengan memberi pinjaman atas kadar faedah yang tinggi.
- Rasulullah s.a.w. juga memberi perhatian kepada bidang penternakan dan pertanian.
Politik
- Piagam madinah adalah perlembagaan bertulis pertama di dunia.
- Membuktikan Rasulullah S.A.W Berjaya mengasas dan memantapkan kedudukan politik umat Islam.
- Rasulullah merubah sama sekali prinsip suku kaum yang melahirkan ketegangan kaum.
- Rasulullah menunjukkan kepimpinan yang baik sebagai seorang ketua yang boleh dicontohi semua pemimpin.
Sosial
- Darjat wanita dinaikan.
- Wanita tidak lagi hanya dijadikan hamba lelaki.
- Anak perempuan tidak lagi ditanam hidup-hidup.
- Islam tidak membezakan umat islam dari segi pangkat dan kedudukan.
- Semua manusia adalah sama di sisi allah.
- Islam menganjurkan perbatasan dalam perhubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
- Nabi Muhammad S.A.W meyatukan suku kaum di madinah yang telah lama bermusuhan.
Sunday, November 9, 2014
Sesi Temu Bual Bersama Responden
السلام عليكم
Pada 7/11/2014, kami telahpun menemu bual seorang responden. Pada mulanya kami ingin menemui sendiri responden tersebut. Tetapi malangnya beliau agak sibuk dengan tugasan harian. Sebagai solusinya, beliau menghantar "voice recording" bagi menjawab persoalan yang kami berikan.
*Temu bual kami lebih cenderung kepada topik "Tamadun Islam di Malaysia"
Soalan pertama: Apakah pendapat anda tentang masyarakat Islam pada zaman dahulu dan masyarakat Islam pada zaman sekarang?
Rumusan jawapan: Pendakwah Islam terdahulu menanmkan sifat tauhid kepada Allah menyebabkan penjajah sukar untuk mengkafirkan orang Islam di Tanah Melayu. Mereka mungkin kurang menitikberatkan soal hukum, tetapi keimanan mereka cukup utuh. Berbanding umat Islam sekarang yang sememangnya Islam sejak lahir. Hal ini cenderung kepada kelahiran umat Islam yang hanya pada nama dan kurang penghayatan terhadap Islam sebagai agama yang benar.
Soalan kedua: Pada pendapat anda apakah perubahan yang Islam telah bawa kepada dunia?
Rumusan jawapan: Usaha Islam mengangkat darjat dan martabat wanita yang dahulunya ditindas oleh kaum lelaki. Ilmu Islam juga berkembang secara mendadak ke seluruh pelosok dunia. Antara faktor utamanya adalah kejayaan Nabi Muhammad S.A.W dalam menghasilkan perlembagaan bertulis pertama dan telah berjaya menguasai kota Mekah. Kepimpinan dan kebijaksanaan baginda menjadi tunjang kepada kegemilangan tamadun Islam sekarang. Di Tanah Melayu, Islam telah memperkenalkan sistem kesultanan bagi mewujudkan kepimpinan yang lebih sistematik.
Soalan ketiga: Apa yang harus dilakukan oleh pemimpin untuk mengekalkan kuasa Islam di Malaysia?
Rumusan jawapan: Selepas merdeka, kerajaan telah menubuhkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk memelihara perihal berkaitan Islam. Rakyat juga akan bercuti pada hari kebesaran Islam iaitu Raya Haji dan Raya puasa. Selain itu, penggunaan sistem kesultanan di mana Sultan berkuasa mutlak dalam hal keagamaan khususnya. Penjawat awam wanita juga dibenarkan menutup aurat tidak seperti sesetengah Negara yang menghalang wanita menutup aurat dengan sempurna.
Soalan keempat: Pada pandangan anda, apakah kemajuan yang di bawa oleh Islam dari segi ekonomi?
Rumusan jawapan: Kewujudan sistem kewangan Islam di Malaysia. Antara badan yang bertangungjawab menguruskan dana orang Islam adalah Lembaga Tabung Haji. Kebanyakkan sistem di Malaysia digubal supaya berlandaskan Islam. Melalui penggubalan tersebut, hak-hak setiap lapisan rakyat dapat ditegakkan. Mulai tahun 80-an, kerajaan telah banyak menubuhkan institusi kewangan Islam contohnya Baitulmal Wilayah, Bank Islam Malaysia, Bank Muamalat Malaysia Berhad yang mana semua menjalankan sistem kewangan Islam yang halal tanpa unsur riba’ dan penindasan. Islam juga menganjurkan umat Islam supaya berniaga .
Soalan kelima: Sebenarnya, apakah punca kelemahan umat Islam pada zaman sekarang?
Ringkasan jawapan: Industri hiburan yang semakin pesat berkembang telah merosakkan pemikiran-pemikiran umat Islam. Pengaruh-pengaruh negatif yang terselit di dalam hiburan khususnya drama, seringkali dijadikan ikutan oleh para remaja. Tambahan pula, nilai-nilai Islam kurang dipertontonkan di dalam industri hiburan di Malaysia sendiri. Persaudaraan sesama Islam juga sangat lemah kerana terdapatnya perselisihan pendapat dan perebutan kuasa. Walhal, keutuhan persaudaran sesama Islam adalah sesuatu yang paling ditakuti oleh musuh Islam.
Soalan keenam: Apakah yang perlu dilakukan untuk memantapkan pegangan Islam dalam kalangan masyarakat kini?
Rumusan jawapan: Ibu bapa perlu menerapkan nilai Islam dalam diri anak-anak sejak kecil. Masyarakat perlu lebih menghayati agama dalam diri kerana terlalu banyak hasutan yang boleh menyebabkan keruntuhan iman. Akhirnya semua orang Islam perlulah bersatu padu meningkat pegangan Islam untuk membuktikan bahawa Islam adalah suatu agama yang kuat dan utuh.
Biodata ringkas responden:
Nama: Nurul Afiqah Fattin binti Amat
Umur: 22 Tahun
Asal: Lahir di Sabah dan menetap di Perak
Status: Pelajar
Bidang: Sarjana Muda Fisioterapi, UiTM Puncak Alam
Alhamdulillah. Terima kasih kepada responden kerana sudi membantu kami melaksanakan tugas ini dan juga atas jawapan mantap yang diberikan. InsyaAllah, rumusan daripada sesi temu bual ini akan ditulis dalam entry berikutnya.
Saturday, November 8, 2014
Asal Usul Tamadun Islam di Dunia
Sejarah perkembangan Tamadun Islam bermula pada zaman Rasulullah s.a.w. Zaman Rasulullah terbahagi kepada dua period iaitu period Makkah dan period Madinah. Period Makkah merupakan zaman asas dalam pembentukan Tamadun Islam yang memberi penekanan kepada aspek spiritual, mental dan akhlak masyarakat. Period Madinah pula adalah zaman untuk membina komuniti dan negara yang baik serta mendapat keampunan Tuhan.
Rasulullah s.a.w lahir pada 12 Rabi'al-Awwal tahun Gajah, bersamaan 20 April tahun 571 Masihi dari kalangan bangsa Arab Quraisy. Sifatnya yang jujur dan amanah menyebabkan baginda dikenali sebagai al-Amin (yang jujur) di kalangan masyarakat pada ketika itu. Pada 17 Ramadan bersamaan 6Ogos tahun 610 Masihi baginda mendapat wahyu yang pertama daripada Allah s.w.t. iaitu pelantikan sebagai Rasul Allah.
MAKKAH
Selama 13 tahun berikutnya Baginda menjalankan dakwah di Makkah yang bertemakantauhid, iaitu mengesakan Allah s.w.t. dan menentang segala bentuk syirik, khurafat dan tahyul.
MADINAH
Pada tahun 622 Masihi, Baginada mula berdakwah di Madinah. Usaha-usaha dakwah Rasulullah secara kasarnya tertumpu kepada:-
1. Membina dan menyusun masyarakat serta negara Islam.
2. Memelihara dan mempertahankan masyarakat dan negara Islam.
ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN
1. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (632 Masihi)
4. Khalifah Ali Abi Talib (655 Masihi)
ZAMAN BANI UMMAIYAH
ZAMAN BANI ABBASIYAH
ZAMAN MOGHUL DAN UTHMANIAH
KESIMPULAN:
Tamadun Islam bermula daripada Zaman Rasulullah SAW. Atas usaha Baginda dan para sahabat menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat Arab Jahiliyah berlandaskan wahyu daripada Allah SWT serta perkembangan Zaman Bani Ummaiyah (Syiria), Zaman Bani Abbasiyah(Baghdad) dan Zaman Turki Uthmaniah(Istanbul) Islam kemudiannya berkembang menjadi sebuah tamadun yang luas sehingga ke hari ini.
Rasulullah s.a.w lahir pada 12 Rabi'al-Awwal tahun Gajah, bersamaan 20 April tahun 571 Masihi dari kalangan bangsa Arab Quraisy. Sifatnya yang jujur dan amanah menyebabkan baginda dikenali sebagai al-Amin (yang jujur) di kalangan masyarakat pada ketika itu. Pada 17 Ramadan bersamaan 6Ogos tahun 610 Masihi baginda mendapat wahyu yang pertama daripada Allah s.w.t. iaitu pelantikan sebagai Rasul Allah.
MAKKAH
Selama 13 tahun berikutnya Baginda menjalankan dakwah di Makkah yang bertemakantauhid, iaitu mengesakan Allah s.w.t. dan menentang segala bentuk syirik, khurafat dan tahyul.
MADINAH
Pada tahun 622 Masihi, Baginada mula berdakwah di Madinah. Usaha-usaha dakwah Rasulullah secara kasarnya tertumpu kepada:-
1. Membina dan menyusun masyarakat serta negara Islam.
2. Memelihara dan mempertahankan masyarakat dan negara Islam.
ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN
1. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (632 Masihi)
- Pada masa pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq, beliau telah berjaya mewujudkan keamanan dengan menumpaskan golongan yang enggan membayar zakat dan mereka yang mendakwa diri mereka sebagai nabi selepas kewafatan Rasulullah.
- Pada masa pemerintahan Umar al-Khattab dengan kekuatan tentera yang dimiliki, wilayah Islam mula berkembang ke Syria dan Mesir dan berjaya menundukkan pemerintahan Romawi di timur dan menghancurkan pemerintahan Farsi di Iraq.
- Pada masa pemerintah Uthman ibn al-Affan pula kerajaan Islam terus berkembang luas sehingga ke Afrika di bahagian barat dan Turkistan di Timur. Antara usaha penting Uthman ibn Affan ialah pembukuan al-Qur'an menjadi sebuah mashaf yang lengkap.
- Pada masa pemerintahan Ali ibn Abi Talib, ilmu sains dan matematik mula diperkenalkan.
ZAMAN BANI UMMAIYAH
Khalifah-khalifah kerajaan Bani Umayyah meletakkan al-Qur'an, al-Sunnah danal-Ijma' sebagai sumber perundangan negara, dan bentuk organisasai negara seperti politik, pentadbiran dan kewangan dikekalkan seperti pada zaman Nabidan Sahabat, tetapi ia diperluas dan diubah suai sesuai dengan pertambahan penduduk dan keluasan daerah Islam pada ketika itu. Pusat pemerintahan kerajaanBani Umayyah adalah di Damsyik (Syam) atau dikenali sebagai Syria sekarang. Di Syam kegiatan ilmu pengetahuan sangat digalakkan. Pada masa itulah ilmu-ilmu al-Qur'an dan al-Hadis seperti 'ulum al-Qur'an dan mustalah Hadith mula dikembangkan, begitu juga ilmu-ilmu sains seperti perubatan dan sebagainya. Kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol yang dipimpin oleh 'Abdul al-Rahman al-Dakhil memisahkan diri dari pusat pemerintahan Islam di timur, dengan mendirikan kerajaan Islam di Andalusia, iaitu di Benua Eropah. Pusat pemerintahannya adalah di Cordova.
ZAMAN BANI ABBASIYAH
Pada zaman ini perkembangan kebudayaan, keilmuan, kegiatan ekonomi dan politik begitu meluas dan gemilang. Kerajaan Bani Abbassiyah pada waktu itu berpusat di Baghdad. Dalam bidang kebudayaan, kegiatan seni seperti puisi, binaan dan ukiran berkembang pesat. Perkahwinan campur telah melahirkan cantuman kebudayaan Farsi, Hindu, Arab, dan Greek. Dari sudut keilmuan, pada zaman pemerintahanKerajaan Bani Abbassiyah berlaku penubuhan Bayt al-Hikmah dan gerakan terjemahan yang diberi perhatian serius yang telah membantu perkembangan dunia keilmuan. Masjid dijadikan sebagai pusat segala kegiatan ilmu. Perkembangan dalam bidang ekonomi juga dapat dilihat dengan peranan yang dimainkan oleh Bayt al-Mal. Fungsinya menjaga khazanah negara dan mengagihkannya mengikut keperluan negara. Ini dapat diselenggarakan dengan berkesan. Sumber-sumber ekonomi seperti pertanian dan perdagangan juga berkembang pesat. Dari segi politik, kelahiran fahaman politik mula wujud. Kerajaan juga mampu menyediakan angkatan perang yang mantap untuk menghadapi sebarang bentuk ancaman musuh sama ada dari luar atau dalam. Ketika ini juga organisasi kehakiman menjadi satu organisasi yang kukuh dan mempunyai peranan yang besar.
ZAMAN MOGHUL DAN UTHMANIAH
Perkembangan dan kemajuan tetap berlaku, tetapi kerancakannya semakin menurun akibat daripada penjajahan melalui peperangan dan usaha-usaha untuk melumpuhkan Islam. Pada ketika itu budaya ilmu mula bertukar menjadi budaya politik. Pada abad ke-13 Masihi kerajaan Islam Moghul telah diserang dan dimusnahkan. Ini mengakibatkan banyak khazanah Islam musnah dan dipindahkan ke dunia Barat. Pada masa yang sama juga Eropah mula membina tamadun mereka. Kerajaan Moghul berpusat di Asia Tengah dan kemudian di India, manakala kerajaan Uthmaniah mula-mula bertapak di Asia Kecil, kemudian bertapak kuat di Istanbul. Pengaruh Tamadun Islam yang Membawa kepada Renaissans di Eropah. Perkataan renaissans berasal daripada bahasa Perancis, yang bermaksud kelahiran semula (rebirth). Istilah ini merujuk kepada zaman perkembangan tamadun Barat semasa zaman perubahan (transition) dari zaman kegelapan (medieval) ke zaman modennya. Pengaruh pemikiran Islam ke atas Barat bermula dari abad ke-11 sehingga abad ke-13 dan ke-14 Masihi.
KESIMPULAN:
Tamadun Islam bermula daripada Zaman Rasulullah SAW. Atas usaha Baginda dan para sahabat menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat Arab Jahiliyah berlandaskan wahyu daripada Allah SWT serta perkembangan Zaman Bani Ummaiyah (Syiria), Zaman Bani Abbasiyah(Baghdad) dan Zaman Turki Uthmaniah(Istanbul) Islam kemudiannya berkembang menjadi sebuah tamadun yang luas sehingga ke hari ini.
Wednesday, November 5, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)