Selamat Datang ❤

السلام عليكم



Selamat datang ke blog projek akhir TITAS CTU551 kami.

Halaman ini dibina untuk memudahkan lagi pencarian entry yang telah dipostkan dalam blog ini.


Selamat membaca dan mengenali Tamadun Islam dengan lebih mendalam lagi menerusi blog kami. Harap maaf atas kekurangan yang ada, semoga Allah redha akan usaha kita mendalami ilmuNya. Amiin


Kajian luar (Lapangan)


Kajian dalaman (Sumber Perbincangan, Internet dan Buku)

Lawati juga padlet kami di: http://padlet.com/sdmuslims/tamadunislam

^_^

Friday, October 31, 2014

Pengenalan Dan Definisi Tamadun Islam

السلام عليكم

PENGENALAN
Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina, Ibn Rushd dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan di Barat serta Tanah Melayu yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.

PERSPEKTIF ISLAM

1.  Ibn Khaldun


  • Kitabnya al-Muqaddimah: Memperkenalkan dua terminologi al-umran dan al-hadarah yang bermaksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan, kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama.

2.  Abu Nasir al – Farabi


  • Memperkenalkan istilah al – madaniah dalam kitabnya as-Siyasah al-Madaniah. Terminologi ini diambil daripada akar kata Madinah iaitu sebuah Negara Islam yang pertama yang diasaskan oleh Rasululah s.a.w. Madaniah yang digambarkan oleh Farabi ialah pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah, syarak dan akhlak.

PERSPEKTIF BARAT

1.   E.B Taylor
  • Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek – aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai – nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.
2.   Arnold Toynbee


  • Tamadun ialah suatu sistem yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan – bahan ekonomi, system politik,pengetahuan dan seni.

Sunday, October 26, 2014

Lawatan Ke Muzium

السلام عليكم

Pada 24/10/2014, Alhamdulillah kami, Kumpulan Tamadun Islam bersama satu kumpulan yang lain telah ke Muzium Sultan Alam Shah dan juga Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam. 

Kami bertolak daripada UiTM Puncak Alam pada jam 9.00 pagi dengan menaiki bas Rapid KL. Beberapa minit perjalanan, kami tiba di stesen bas Seksyen 2, sekaligus bersarapan di sana. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan terus ke Muzium Sultan Alam Shah di Seksyen 14. Terima kasih kepada Muiz kerana menumpangkan kami dari Seksyen 2 ke muzium yang ingin dituju.

Gambar di bahagian pintu masuk Muzium Sultan Alam Shah (MSAS)
**seorang daripada ahli kumpulan kami tidak dapat bersama kami kerana ada hal keluarga

Lokasi:
Pusat Bandar Shah Alam.

Tarikan:
Muzium utama ini diwujudkan bagi menyimpan seribu rahsia khazanah dan artifak Negeri Selangor terutamanya sejarah, salasiah Kesultanan Selangor, budaya, adat dan istiadat masyarakat di Selangor. Gedung sejarah ini juga bertanggungjawab memelihara pelbagai barangan berharga yang mencipta sejarah.

Gambar-gambar ketika melawat MSAS:




Disebabkan pusat pameran Islam MSAS ditutup kerana terdapat kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan, kami bergerak pula ke Kompleks Taman Seni Islam (KTSI).



Lokasi:
Yayasan Restu, Kompleks Taman Seni Islam Selangor.
Tarikan:
Merupakan pusat pengembangan seni Islam yang dijadikan sebagai pusat penjanaan berlandaskan nilai-nilai ajaran al-Quran.

 
 
Gambaran pelan rumah Rasulullah SAW

Alhamdulillah, sepanjang berada di KTSI kami mendapat sedikit pendedahan tentang gambaran kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan kesederhanaan. Berbanding dengan kehidupan kita sekarang, kita seharusnya bersyukur kepada Allah kerana diberi banyak kemudahan yang mewah-mewah. Selain itu, terdapat juga beberapa pameran berkenaan Rasul-rasul Ulul Azmi dan replika pedang kepunyaan pahlawan-pahlawan Islam terdahulu. 

Secara keseluruhan, kami bersyukur kerana diberi peluang untuk melawat tempat-tempat sebegi bukan hanya kerana ia dapat membantu sedikit sebanyak untuk projek kami, malah ia juga dapat menerapkan nilai cinta dan perihatin akan sejarah-sejarah Islam terdahulu.

Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi orang yang diredhai Allah dan Rasulullah. InsyaAllah 

Tuesday, October 14, 2014

Tentang Projek Kami ^^

السلام عليكم


Projek 1: 
Kegemilangan Tamadun Islam

Skop Projek:
  • Asal usul Tamadun Islam di Dunia.
  • Kemajuan dari segi teknologi, politik, sosioekonomi dan ilmu yang dibawa oleh Tamadun Islam.
  • Pengaliran Ilmu Islam di Barat dan Tanah Melayu.
  • Perbandingan sumber pemerintahan dan asas politik Tamadun Islam dan Barat.
  • Isi-isu semasa dan agenda musuh Islam.
  • Nilai dan sifat Tamadun Islam.
Rangka projek:
Klik sini untuk melihat jadual gerak kerja kami :)

Tempat lawatan: 
-Muzium Sultan Alam Shah
-Kompleks Seni Islam Shah Alam

Target responden:
-Beragama Islam
-Berumur 17 hingga 40 tahun

-----------------------------------------------------------------------

Projek 2:
Memberi manfaat kepada 10 orang awam tentang Tamadun Islam.

Tema:
Cara hidup Islam di Malaysia

Pengisian Projek:
Menerangkan dan memperkenalkan beberapa amalan atau cara hidup Islam yang betul.

Target responden:
Pelajar UiTM Puncak Alam


Segala perubahan akan diupdate kemudian ^^

Friday, October 10, 2014

Jadual Gerak Kerja

السلام عليكم

Alhamdulillah, jadual gerak kerja kami telahpun siap. InsyaAllah segala yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Semoga projek ini sempat disiapkan sebelum tarikh tutup dan semoga kita semua memperoleh hikmah daripada projek ini. Amiin 

Berikut adalah jadual gerak kerja kumpulan kami:

Gerak Kerja
Bahan
Tarikh
Individu Terlibat
1.       Pembikinan Blog dan Padlet
       ·         Komputer riba
       ·         Internet

30/9/2014

Zulaikha
2.       Perbincangan dan Pembahagian Tugas

-

10/10/2014


Semua Ahli
3.       Lawatan ke Muzium
       ·         Kamera
       ·         Kenderaan

24/10/2014

Semua Ahli
4.       Kemaskini Blog
       ·         Komputer riba
       ·         Internet

25/10/2014

Zulaikha
5.       Temuduga Bersama Responden I
       ·         Kamera
       ·         Buku catatan
       ·         Pen
       ·         Kenderaan

1/11/2014

Nazihah
Assheera
6.       Temuduga Bersama Responden II  
       ·         Kamera
       ·         Buku catatan
       ·         Pen
       ·         Kenderaan

2/11/2014

Yuslinda
Zulaikha
7.       Kemaskini Blog dan Padlet
       ·         Komputer Riba
       ·         Internet

8/11/2014

Zulaikha
8.       Catatan Ringkas Dapatan Kajian
       ·         Internet
       ·         Komputer riba
       ·         Printer

22/11/2014

Semua Ahli

-Zulaikha-